PROGRAM CUTI SEKOLAH: MOTIVASI AL-QURAN (MAQ) adalah suatu program yang mensasarkan para remaja sebagai peserta dan di’rekabentuk’ khas untuk memenuhi aspek fizikal, intelektual, emosional & spiritual para remaja. Program ini khas dianjurkan pada waktu cuti sekolah disebabkan oleh permintaan daripada ibu bapa yang inginkan pengisian serta aktiviti untuk anak-anak mereka bagi memberi ilmu & kefahaman dalam jangka masa yang panjang. Atas kesedaran bahawa ilmu & motivasi itu perlu diterapkan dalam jangka masa yang panjang dan berulang-ulang terutamanya pada waktu cuti sekolah, maka lahirlah MAQ sebagai salah satu wadah program cuti sekolah untuk memberi manfaat dengan pengisian yang menyeronokkan khas buat para remaja dengan tema ‘Inspiration Through Al-Quran’ atau dengan kata lainnya yang bermaksud segala ILMU, MOTIVASI & INSPIRASI itu bersumberkan daripada Al-Quran.

 

Bagi 4 tahun program MAQ yang dianjurkan sebelum ini, ia telah melahirkan ramai alumni-alumni dari pelbagai sekolah rendah dan menengah. Pelbagai aktiviti & perkongsian ilmu telah diadakan. Setiap tahun, pelbagai perkembangan ilmu, kemahiran dan motivasi yang menarik disediakan kepada para peserta. Trainer yang mengendalikan program serta slot-slot dalam MAQ adalah terdiri daripada mereka yang telah berpengalaman dalam bidang latihan & motivasi di Malaysia mahupun di luar negara.

 

 

 

PROGRAM CUTI SEKOLAH: MOTIVASI AL-QURAN (MAQ) yang julung-julung diadakan pada tahun 2009 telah dijalankan di dua buah tempat iaitu di Masjid Bandar Baru Senawang Masjid Kariah Panchor Jaya, Seremban. Sambutan yang diterima amat menggalakan bagi kedua-dua sesi ini di mana hampir 200 orang peserta telah mendaftar untuk mengikuti program jangka masa panjang ini walaupun ia pertama kali  dianjurkan oleh Infitah Training & Consultancy. Pelbagai aktiviti & pengisian sebagai nilai tambah kepada modul utama iaitu ‘Talaqqi Al-Quran’ dan ‘Hafazan serta Terjemahan Surah-surah Pilihan’ telah diberikan kepada para peserta. Untuk menjadikan ia lebih menarik buat para remaja permainan berkonsep serta riadhah yang bermatlamat turut ditekankan bagi mengoptimumkan potensi mereka di samping dapat meneratkan ukhwah sesama peserta dan fasilitator. Jurulatih yang berpengalaman seperti Tuan Zuhairi Nopiah juga telah dijemput bagi memberi motivasi perangsang kepada para peserta dan ibu-bapa juga bersumberkan daripada kitab teragung manusia iaitu Al-Quran.

 

 

 

Hasil daripada respon positif dari para peserta dan ibu bapaUntuk tahun kedua, PROGAM CUTI SEKOLAH: MOTIVASI AL-QURAN (MAQ) telah mengalami pelbagai penambahbaikan dari segi bahan & modul. Para ‘trainer’ dan penceramah dari pelbagai konsultan & NGO telah dijemput bagi menyediakan pelajar untuk lebih memahami konsep motivasi & pelbagai ilmu yang bersumberkan Al-Quran. Satu sesi sahaja telah dijalankan di Masjid Kariah Panchor Jaya, Seremban dengan peserta melebihi apa yang dijangka semasa cuti sekolah tersebut. Pelbagai pertambahan modul dalam ‘Slot Santai’ disamping slot yang utama seperti ‘Aku Terhebat, ‘Cinta vs Cita-cita’, ‘English is Fun’, ‘Kasih Sayang Asas Motivasi’, 'Pengucapan Awam' dan banyak lagi telah memberi nilai tambah kepada para peserta sebagai persediaan dalam menjadi pelajar yang bukan setakat berjaya dalam bidang akademik,malah berjaya dalam kehidupan dan yang paling penting sebagai bekalan menghadapi negeri yang kekal abadi nanti. Para penceramah serta 'trainer' ya

ng dijemput adalah seperti Ustaz Nor Azman Mohamad (Imtiyaz Training), Cikpuan Azzah Abdul Rahman (penulis dan trainer di Akademi Hero), Dr Shamsuri (sukarelawan NGO palestin Aqsa Syarif) dan ramai lagi yang berpengalaman dalam bidang masing-masing termasuk daripada Infitah Training & Consultancy sendiri. Kesannya, para peserta belajar pelbagai ilmu baru untuk melengkapkan diri mereka untuk menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.


PROGRAM CUTI SEKOLAH: MOTIVASI AL-QURAN (MAQ) V3.0 pula telah diadakan di 8 buah lokasi di sekitar Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor dengan penyertaan yang sangat menggalakkan. Dengan bantuan para trainer serta fasilitator yang berpengalaman, program cuti sekolah kali ini telah diadakan di Masjid At-Taqwa Paroi, Seremban, Masjid Kuarters KLIA Nilai, Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Madrasah Nahdatul Islamiyah Shah Alam, Pusat Latihan Bank Negara Malaysia (BNM), Masjid Al-Muttaqin Wangsa Melawati, Masjid Tengku Kelana Jaya Petra Kelana Jaya dan Surau Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh. Kali ini dengan gabungan trainer Infitah Training & Consultancy serta jurulatih yang berpengalaman seperti Tuan Fazrul Ismail (Total Success Training & Consultancy), Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Synergy Training & Consultancy), Tuan Zuhairi Nopiah (Attractive Learning & Consultancy), Tuan Syed Faiz (pengasas E-Usrah dan penulis buku Tip & Trik Usrah) termasuk idola para remaja seperti Imam Muda Asyraf dan Imam Muda Aran menjadikan program cuti sekolah bermakna buat para remaja.  Pengisian seperti CASIC for Teens, Hidup Ada Tujuan, Law of Universal Attraction: Rahsia Kejayaan & Kebahagiaan dan banyak lagiyang bersumberkan dan aktiviti program cuti sekolah yang memfokuskan kepada kelebihan Al-Quran ini menjadi lebih menarik dan berwarna-warni.

 


Hasil daripada respon positif daripada ibu bapa dan para peserta, PROGRAM CUTI SEKOLAH: MOTIVASI AL-QURAN (MAQ) V4.0 diteruskan di Masjid Putra, Putrajaya dan tampil dengan modul yang ‘segar’. ‘Trainer’ yang dijemput juga tidak kurang hebatnya iaitu Juara Imam Muda Asyraf (Juara Imam Muda musim pertama) dan Imam Muda Hassan (Juara Imam Muda musim kedua). Walaubagaimanapun, slot utama iaitu ‘Talaqqi Al-Quran’ dan 'Terjemahan Surah-surah Pilihan’ tidak dilupakan dan telah dikemaskini baik dari segi bahan mahupun penyampaian. Program Cuti Sekolah ini turut di'seri'kan lagi dengan aktiviti yang menguji fizikal & mental dengan dibantu oleh fasilitator yang terdiri daripada tutor Akademi Infitah, guru, ustaz, ustazah, graduan dan pelajar IPT yang mempunyai pengalaman akan dapat menjadikan program cuti sekolah ini lebih lancar dan memberi kesan yang positif untuk jangkamasa panjang. Semoga usaha yang kecil ini dapat memberi nilai yang besar kepada ibu bapa serta para remaja dalam meninggikan Al-Quran untuk diamalkan dalam segenap aspek kehidupan kita. Seterusnya PROGRAM CUTI SEKOLAH: MOTIVASI AL-QURAN (MAQ) V5.0 telah berjalan dengan baik bersama anak-anak staf Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Forest Research Institute (FRIM) . Program ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada staf yang menghantar anak-anak mereka. Pengisian yang cukup menarik daripada jurulatih Infitah Training & Consultancy serta penceramah jemputan iaitu Imam Muda Asyraf yang memfokuskan kepada objektif program berdasarkan keperluan penganjur.


PROGRAM CUTI SEKOLAH: MOTIVASI AL-QURAN (MAQ) V6.0 di 5 buah tempat telah ditambahbaik dengan aktiviti dari pagi dan petang hasil daripada cadangan para ibu-bapa yang mahukan pendekatan yang lebih lama dan berkesan.

Program Motivasi Al-Quran (MAQ) 7.0 'Ulul-Albab Version' ini akan hadir pada cuti sekolah Mei 2013 dengan pelbagai aktiviti dan pengisian yang bermanfaat dan menyeronokkan sesuai dengan jiwa para remaja seperti Talaqqi Al-Quran, Tadabbur Al-Quran dengan workbook yang istimewa serta pelbagai lagi pengisian yang 'hot' untuk para remaja seperti; Super Teens Leadership, Oh My Tajwid!, Kompas Sukses, Remaja Ibaddurrahman, My LOVE, I'm The Best!, Transformasi Qalbu dan banyak lagi yang menampilkan para jurulatih serta Professional Learning Facilitator (PLF) yang mempunyai latarbelakang yang istimewa dan kelebihan yang tersendiri. Mereka ini dipilih berdasarkan pengalaman mendekati remaja dan mengendalikan program bersama remaja iaitu Hezry Yasin (InLearn Consultant), Nura Muna (Nisa Malaysia), Zaim Zin (One Heart Learning & Training) selain daripada Infitah Training & Consultancy sendiri seperti Imam Muda Nazrul, Ustaz Arif Asa'ad, Mohd Noor, Badrul Hisyam dan Anwar. Keseluruhan program cuti sekolah ini akan turut disokong oleh para fasilitator yang berpengalaman bagi melancarkan dan memberi kualiti yang baik kepada program kali ini. Didoakan program ini akan mendatangkan manfaat kepada para ibu bapa, peserta dan pihak kami sendiri di dunia dan akhirat.

.

 

"Inspiration Through Al-Quran"